Monday, February 7, 2011

Game State: Menentukan tahap di dalam permainan komputer

Apakah dia game state?

Sewaktu anda bermain permainan komputer anda tentu anda akan melalui stage (keadaan) seperti skrin pengenalan, menu utama, pemilihan level (aras) dan sebagainya. Inilah yang dipanggil game state.

Sementelah, (tatkala sedang) mencari bahan-bahan untuk kegunaan game yang saya sedang design terjumpa tutorial ini di forum Stack Overflow. Menarik dan rasanya boleh diaplikasikan pada game saya.

Syarat-syarat utama kepada sesiapa yang hendak belajar tutorial ini anda mestilah ada pengetahuan berkenaan C# dan pengetahuan asas memulakan projek XNA 3.0 dalam Visual C# Express atau Visual Studio.

Bertambah lagi ilmu di dada. Semoga ke semua ilmu ini akan menjayakan lagi proses mereka-bentuk permainan komputer saya. Insyaallah!

Friday, January 21, 2011

E-buku pertama akan lahir tidak lama lagi

Insyaallah tidak lama lagi akan lahirlah e-buku pertama saya. Ia akan dikeluarkan bab demi bab dan akan dijual di dalam blog ini dengan harga yang rendah.

Sedikit sebanyak tentang e-buku ini. Bab yang pertama adalah berkenaan maklumat asas untuk XNA. XNA adalah merupakan SDK (Software Development Kit), kandungannya adalah terdiri daripada libraries, komponen, dan fungsi-fungsi yang diperlukan untuk membentuk permainan video untuk komputer. Selain dari penerangan maklumat anda juga akan diperkenalkan tentang kaedah menginstalasi XNA ini dalam PC anda seterusnya membantu anda mengorak langkah dalam kerjaya atau pun mungkin sebagai hobi masa lapang anda.

Tunggu keluarannya nanti. Insyaallah penantian anda tidak akan lama!