Friday, December 7, 2012

Kinect boleh buat anda terpukau dengan robor "sarkas"

Tak sangka betul dengan adanya Kinect. Kinect pada asalnya memperkenalkan teknologi dalam genre "Natural User Interface" (NUI). Ia bermula diperkenalkan oleh Microsoft untuk permainan video konsol XBox. Akibat dari popularitinya yang mana ia mencipta rekod jualan gajet terlaris di dunia pada hari pertama perkenalannya dan menjadi bahan ujikaji oleh para "hackers" di dunia ini.

Sekarang ia telah menjadi lebih popular dikalangan pembuat "games" dan peminat NUI ini. Apabila Microsoft telah menawarkan kepada orang ramai SDK yang mana memudahkan semua menggunakan libraries Kinect ini dan mencipta pelbagai aplikasi baru yang menggunakan Kinect. Sebagai contoh, Disney Research team menggunakan Kinect untuk memperkenalkan robot sarkas ini.


Menarik bukan? Banyak lagi sebenarnya aplikasi lain yang menarik yang menggunakan kehebatan teknologi ini.

Monday, September 17, 2012

hari ini dalam sejarah

last post muqaddimah augmented reality. sebab pagi ni bas express yang ana naik terandas sampai ke puduraya padahal nak berhenti kat jalan duta. fail betul....terpaksa susahkan adik. cukup cerita bab masalah peribadi jom cerita bab augmented reality. kita cerita bab sejarah macamana ana berminat dengan augmented reality ni. pertama sekali bila satu kawan ana nak pi buat PHD kat negeri omputeh yang acronymnya macam Ulu Kelang tempat depa dok letak binatang dalam kandang hat bagi budak2 syok meloncat-loncat nak pi time cuti sekolah. ana start buat research sendiri. masa tu tools tak banyak, dan yang kena mengena dengan interest ana pun susah nak cari. kuburkan kejap. lepas lebih kurang setahun setengah. pak ndak ana introduced AR Toolkit kat ana. AR Toolkit bagi sample marker dan 3D objek perempuan anime ka, mangga ka, hentai kot ana pun tak tau nak panggil apa muncul atas marker tu bila kita point camera tang marker tu ana pun buat further research kot2 ada augmented reality SDK yang pakai dot Net. Ada rupanya!!! nama dia GoblinXNA. bermula la al kisah perjalanan ana dalam augmented reality ni. cukup dulu sampai sini adik ana sampai dah. wassalam...