Microsoft C# Express 2008 dan XNA 3.0 akan digunakan untuk tujuan ini. Kenapa saya menggunakan kedua-dua ini? Pertamanya adalah kedua-duanya adalah percuma FOC. Seronok betul skrang ni, segalanya boleh didapati dengan percuma sekarang termasuk juga ilmu. Cuma nak berjaya sahaja kena tunjuk usaha skit.
Microsoft C# Express 2008 adalah satu cabang komponen dalam Visual Studio. Penggemar rekacipta permainan komputer (hobbiest) boleh menggunakan C# Express tanpa sebarang ikatan termasuklah juga menjual game yang dibuat tanpa perlu mendapat pengesahan Microsoft atau dikenakan charge licensing. Kaut untung habis-habisan. Satu saja kekurangannya berbanding Visual Studio, banyak plug-ins yang digunakan oleh golongan professional tidak boleh digunakan oleh C# Express. Namun begitu masih terdapat third-party tools yang boleh membantu.
Gabungan kedua-dua ini, kita boleh membuat permainan komputer selain komputer ia juga boleh dimainkan ke dalam Xbox dan Zune.
Sebelum anda muat turun kedua-dua ini (C# di http://www.
microsoft.com/express/vcsharp/ dan XNA di http://www.microsoft.com/downloads/details.aspx?familyid=df4af56a-58a7-
474c-bfd0-7cf8ed3036a3&displaylang=en&tm) anda perlu pastikan yang komputer anda memenuhi syarat-syarat minimum seperti kad grafik anda menyokong Shader Model sekurang-kurangnya Shader Model 1.1. Dapatkan model kad grafik anda dan pergi ke website pengeluar dan tengok spesifikasi teknikalnya.
No comments:
Post a Comment