Friday, October 11, 2013

Google Orbit + Chromecast console permainan video hebat

Google akan terus menerus memberi sinar kepada pencinta open source. Dengan konsol terbaru dari mereka Google Orbit pasti merancakkan lagi pertarungan industri konsol dunia. Jangan seronok lagi, ini baru konsep belum lagi yang tulen. Sebelum ini, Ouya terlebih dahulu menceburi persaingan konsol ini dari platform android. Namun dengan konsep konsol begini kemasukan Google dalam peperangan konsol pasti akan merancakkan lagi industri ini.

Rekebentuknya sungguh menyerlah dan amat berfungsi. Anda boleh meletakkannya dalam posisi apa pun. Tidak perlu khuatir di mana kedudukan bawah atas dan sebagainya kerana rekebentuknya yang dinamik.
Dari segi teknologi pula, ia menggunakan teknologi-teknologi yang dicipta oleh Google sendiri iaitu NFC, Glass dan Chromecast. NFC boleh menghubungkan peranti input seperti mouse, keyboard dan gamepad. Manakala Glass membolehkan pemain menggantikan screen besar untuk bantuan visual. Ia juga bertujuan membolehkan permainan bergenre augmented reality dimain dengan mudah dan menarik. Chromecast pula berfungsi untuk membentuk permainan multiplayer atau juga sebagai fungsi multiple screen. Amat menarik gabungan Orbit dan Chromecast boleh menghubungkan sehingga 4 screen pada satu masa.

Walaubagaimanapun ianya masih di peringkat idea. Bila nak keluar belum tentu lagi. Tunggu sahaja lah.
Dari segi harga, boleh dikatakan ianya mungkin lebih murah dari konsol-konsol yang lain. Ada juga mempersoalkan jumlah games developer yang ada untuk konsol android-based ini. Jangan risau, sekarang ini amat mudah sekali conversion games dari platform lain ke android. Mungkin para developer sedia maklum, tapi untuk makluman semua, dengan adanya Monogame API, ke semua permainan komputer dari platform lain iaitu iPhone, IOS, Windows amat mudah dipindahkan ke android.

Wednesday, September 18, 2013

Al-Jazari jurutera hebat


Al-Jazari adalah antara saintis ulung zaman kegemilangan ilmuan Islam. Beliau adalah seorang jurutera, pencipta, saintis, atau dipanggil polymath (orang yang berkebolehan dalam pelbagai bidang). Nama sebenar beliau adalah Badi-al Zaman Abu al-izz Ismail ibn al-Razaz al-Jazari. Al-Jazari pula diperoleh dari nama tempat kelahiran beliau iaitu di Jazirat ibn Umar iaitu di sempadan Turki-Syria, atau nama sekarang Cizre.

Begini gambaran wajah al-Jazari yang berpakaian mengikut sunnah. Sopan dan nampak berseri wajahnya. Beliau adalah antara yang terkenal bukan sahaja dalam dunia islam tetapi juga di barat. Filem 1001 Invention and Library of Secrets yang dibintangi oleh pelakon yang menerima pencalonan anugerah Globe iaitu Ben Kingsley juga merupakan pelakon yang membintangi filem Ironman 3. Mengikut IMDB rating filem ini mendapat 6.8/10 adalah dalam lingkungan 500 filem terbaik sepanjang zaman. 

Beliau dilahirkan pada 1136 dan meninggal pada tahun 1206. Beliau adalah berketurunan Arab-Parsi. Buku hebat beliau iaitu Book of Ingenious Knowledge of Mechanical Devices (Buku Tentang Pengetahuan Hebat Alat-Alat Mekanikal). Dalam buku ini diterangkan ke semua alat-alat ciptaan beliau di samping kaedah step-by-step untuk membinanya. Buku ini lebih kurang buku DIY atau kaedah buat sendiri. 

Antara ciptaan beliau yang amat terkenal adalah Jam Gajah, jangan keliru dengan senapang gajah yang digunakan untuk membunuh Kasim Baba (filem arahan P.Ramlee Ali Baba Bujang Lapok), itu bukan ciptaan beliau. Juga beberapa pam air yang digunakan di dalam istana tempat beliau bekerja. Beliau seperti mana bapanya bekerja sebagai Ketua Jurutera dalam istana Turki Artuklu zaman Dinasti Artuqid yang berlanjutan sehingga ke zaman Salahuddin al-Ayubi.

Antara ciptaan beliau yang lain adalah pam air yang mana sehingga sekarang ini masih digunakan terutama di rumah anda sendiri iaitu flush jamban anda. Sila rujuk laman ini Arab or Kurdish Inventor Al-Jazari untuk info lanjut. Tidak juga disangka crankshaft yang digunakan dalam enjin kereta moden masih lagi menggunakan konsep asal ciptaan beliau. 
Dia juga memperkenalkan konsep lamination iaitu kaedah menyalut dalam metode yang beliau buat ketika menyalut kayu balak untuk memudahkan balak bergolek mengurangkan geseran. Jangan terkejut jika dikatakan beliau jugalah yang memperkenalkan origami dalam model design beliau sewaktu mencipta sesuatu.

Lebih menarik, beliau juga merupakan bapa robotik. Banyak ciptaan beliau menunjukkan kebijaksanaan beliau membentuk automasi. Contohnya seperti pelayan menuang air, pancaragam robot, pam basuh tangan automatik, pam robot burung merak, Untuk maklumat lebih lanjut tentang ciptaan beliau rujuk laman Wikipedia. 

Antara lukisan ciptaan beliau yang masih disimpan

jam lilin

pancaragam robot

jam pintu gerbang


Maka kita boleh berbangga sebagai umat Islam, kita sudah lebih lama mendahului barat dalam ilmu sains dan teknologi. Namun kita tewas semula apabila serangan perang saraf mereka menjadi dan menyebabkan pegangan iman semakin luntur disebabkan leka dengan hiburan dan keseronokan dunia walhal mereka pula selepas tersedar dari tidur terus memperkasakan diri dengan ilmu untuk menewaskan Islam. Lihatlah selepas kejatuhan Empayar Uthmaniah tiada lagi berkemungkinan empayar khalifa akan muncul kembali di dunia ini. In sya Allah satu hari nanti akan tiba. Perkasa diri anda dengan ilmu sains dan teknologi dan elakkan masa anda terbuang dengan keseronokan dan kelekaan duniawi.


Wednesday, September 4, 2013

Netduino lawan Raspberry Pi dan Arduino

Pernah dengar nama-nama di atas ni. Kalau siapa yang pernah kenal dan tahu mungkin anda tahu kegunaannya. Ia adalah sama seperti motherboard komputer yang ada CPU tetapi ia lebih kecil atau dipanggil micro-controller. Sebenarnya teramat kecil. Kecil mana? Sekecil tapak tangan pemuda Asia yang normal. Dapat bayangkan? tak dapat Google sahaja dan tengok imej nya.

Dalam arena ini Raspberry Pi muncul sebagai pioneer dalam genre ni. Nak baca sejarahnya baca link ni . Sebab permintaan dari penggemar, hackers, pelajar sekolah, dan juga mahasiswa universiti micro-controller yang memiliki perbagai kegunaan bagi mereka yang suka berangan (untuk idea-idea teknologi ni lah) untuk membuat simple automation, smart-house, projek lampu lip-lap, detectors dan sebagainya. Kelebihannya adalah kerana ia kecil, mempunyai input-output ports yang pelbagai fungsi dan kemudahan memprogramkannya di samping perkembangan kemajuan pembangunan OS yang percuma dan bersaiz kecil.

Arduino pula lebih versatile dengan input-output portnya yang lebih banyak berbanding Raspberry Pi (atau dengan panggilan singkatan RASP PI)

Bagaimana pula dengan Netduino? Sewaktu dengan mereka, term lain adik-beradik, sekapal dan sebagainya. Apa yang buat saya teruja dengannya. Ini adalah kerana Netduino boleh diprogramkan dengan menggunakan .Net atau lebih spesifik C#.
Sekarang ni anda juga tak perlu risau sekiranya anda hendak port kan program anda ke Linux ataupun ke IOS kerana adanya Mono dan MonoDevelop. Anda boleh menggunakan Mono untuk membolehkan program anda yang diaturcara dalam .Net iaitu mengguunakan Visual Basic, C#, F# ke platform Android, Linux, Mac dan IOS. Seronokkan?? 

Dari segi spesifikasi pula Netduino adalah lebih pantas dari Arduino (mengikut versi). Untuk versi asas (base version) Netduino mempunyai kelajuan 48 Mhz 32-bit dan 128 KB flash manakala Arduino pula hanya 16 Mhz 8-bit dan 32 KB flash. Dari segi bahasa pengaturcaraan, sebenarnya kedua-dua menggunakan bahasa pengaturcaraan dari bahasa nenek-moyang mereka iaitu C. Arduino memang menggunakan C, ia lebih hampur kepada low-level programming. Sekiranya anda hendak membuat program yang ringan dan pantas Arduino pilihannya. Netduino lebih versatil dan lebih banyak features. Dengan menggunakan C# anda boleh menggunakan kelebihan librariesnya yang besar dan juga ia boleh menggunakan kelebihan event-based, dan threading.

Berkemungkinan besar market Netduino ini lebih besar di Malaysia, kerana senario penggunaan OS di Malaysia adalah menggunakan platform OS Windows. Tetapi tidak juga, sebab kepada peminat-peminat platform lain seperti Linux, Android, IOS dan Mac anda boleh menggunakan Mono atau MonoDevelop yang menyediakan IDE dalam C# dalam platform selain daripada Windows. Ditambahkan lagi dengan adanya virtualization atau virtual machine masalah untuk memprogram menggunakan .Net dalam platform lain lebih mudah dan tidak menjadi masalah lagi.

Kesimpulannya, gunalah platform apa pun yang anda suka. Sesuaikan apa yang anda nak buat dengan jenis Duino yang anda sukai. Bila bersantai petang-petang fikirkan benda-benda yang bermanfaat daripada melepak bergurau-senda dengan kawan-kawan tanpa faedah gunakan masa anda untuk explore benda macam ni. Mungkin projek kecil anda boleh membuahkan hasil lumayan dengan menggunakan micro-controller ini. Sebelum mengundur diri, saya nak bagi buah tangan sikit




Tuesday, September 3, 2013

Quadcopter yang tangkas

Dasyat betul kalau pandai programming. Ditambahkan lagi dengan adanya teknologi seperti raspberry pi, arduino, netduino anda boleh menyelesaikan banyak permasalahan automasi atau automation yang membantu anda menyelesaikan masalah seharian anda. Cuba lihat aksi quadcopter di bawah. Kagum sungguh! Algorithma apa yang diorang pakai. Sudah semestinya algorithma programming yang dipakai digunakan untuk mengawal gyroscope sensor, proximity dan accelerometer untuk mengagak kawalan penerbangannya. tengok! tengok video kat bawah ni.



hebat, terer, dasyat, tak boleh nak pikiaq depa buat lagu mana. Mat saleh hebat! kena tunjuk la orang islam kita hebat jugak. jom kita start explore benda ni dan start komuniti kat Malaysia ni. Kadang-kadang bila keluar rumah, time-time bujang (bila tinggal anak bini kat kampung...hehe kira boleh pakai la term bujang tu) terpikir nak jalan pi mana. nak cari tempat yang kita boleh tengok orang buat demo macam ni, belajar hands-on benda-benda macam ni. tapi takdak kat Malaysia ni. Kecewa betul. pi shopping, windows shopping bukan kita punya minat. hat syok pi tempat macam tu bini saja. Jom-jom kita start. Siapa yang nak sponsor? Kerajaan Malaysia boleh sponsor kot hehe. kat US ada tempat macam ni Diego Porquera atau hackerspace kat Pasadena, MakerShed dan banyak lagi. Tempat-tempat macam ni la patut diadakan untuk mewujudkan komuniti yang paham teknologi, yang incline ke arah teknologi dan boleh mewujudkan k-economy. Malaysia nak start effort Digital Malaysia. bukannya Digital Malaysia macam dalam iklan tu dok terkinja-kinja menari dan bagai. Patut benda macam ni yang diketengahkan. Bawah ni satu penerangan tentang Digital Malaysia yang betul (bukan dalam TV tu)