Gajet, Teknologi baru, berita nerd dan geek, ala Popular Science versi Malaysia. tutorial siki-sikit, DIY, review barang boys toys, tips and tricks harian untuk geek dan nerd.
Tuesday, September 3, 2013
Quadcopter yang tangkas
Dasyat betul kalau pandai programming. Ditambahkan lagi dengan adanya teknologi seperti raspberry pi, arduino, netduino anda boleh menyelesaikan banyak permasalahan automasi atau automation yang membantu anda menyelesaikan masalah seharian anda. Cuba lihat aksi quadcopter di bawah. Kagum sungguh! Algorithma apa yang diorang pakai. Sudah semestinya algorithma programming yang dipakai digunakan untuk mengawal gyroscope sensor, proximity dan accelerometer untuk mengagak kawalan penerbangannya. tengok! tengok video kat bawah ni.
hebat, terer, dasyat, tak boleh nak pikiaq depa buat lagu mana. Mat saleh hebat! kena tunjuk la orang islam kita hebat jugak. jom kita start explore benda ni dan start komuniti kat Malaysia ni. Kadang-kadang bila keluar rumah, time-time bujang (bila tinggal anak bini kat kampung...hehe kira boleh pakai la term bujang tu) terpikir nak jalan pi mana. nak cari tempat yang kita boleh tengok orang buat demo macam ni, belajar hands-on benda-benda macam ni. tapi takdak kat Malaysia ni. Kecewa betul. pi shopping, windows shopping bukan kita punya minat. hat syok pi tempat macam tu bini saja. Jom-jom kita start. Siapa yang nak sponsor? Kerajaan Malaysia boleh sponsor kot hehe. kat US ada tempat macam ni Diego Porquera atau hackerspace kat Pasadena, MakerShed dan banyak lagi. Tempat-tempat macam ni la patut diadakan untuk mewujudkan komuniti yang paham teknologi, yang incline ke arah teknologi dan boleh mewujudkan k-economy. Malaysia nak start effort Digital Malaysia. bukannya Digital Malaysia macam dalam iklan tu dok terkinja-kinja menari dan bagai. Patut benda macam ni yang diketengahkan. Bawah ni satu penerangan tentang Digital Malaysia yang betul (bukan dalam TV tu)
No comments:
Post a Comment