Sunday, November 21, 2010

Apa yang terbaru dalam XNA 4.0

Dah lama dah saya tak menulis dalam blog ni. Terlalu sibuk dengan kerja dan anak. Sekarang ni baru la ada kesempatan nak menulis sikit. Sebabnya, dah hantar anak dan orang rumah ke kampung sebelum Raya Korban. Ada dua sebab saya balik ke kampung. Yang pertama, sebab nak beraya dan keduanya sebab rumah di tenggelami air banjir, waktu bah besar yang melanda Kedah baru-baru ni. Dah lari tajuklah pula. Sekarang ni Microsoft dah release keluaran terbaru XNAnya iaitu versi 4.0. Apa yang terbaru dalam XNA 4.0 ni


Pada 16 September 2101, pasukan XNA Framework XNA berjaya menerbitkan Game Studio 4.0. Pada waktu ini kebanyakan permainan komputer (PC-compatible) masih dalam versi 3.1. Dalam waktu ini juga pasukan yang sama telah menerbitkan Connect (iaitu interfacing tool yang membolehkan anda memuat-naik game anda ke dalam XBox). Versi 4.0 juga membolehkan anda mereka permainan anda untuk OS Microsoft untuk telefon mudah alih iaitu Windows Phone 7.

Oleh yang demikian and boleh merekabentuk game anda untuk dimuatkan ke dalam telefon mudah alih Windows Phon
e 7 dengan menggunakan Silverlight dan XNA Game Studio. XNA 4.0 memiliki kekuatan kod dan librarynya tersendiri. Mereka telah menggunakan pendekatan Reach dan Hi-Def.

Apakah dia Reach? Kod yang digunakan untuk Reach difokuskan kepada penggunaannya di dalam platform seperti PC, XBox dan telefon mudah alih yang menggunakan OS Windows Phone 7. Manakala Hi-Def pula difokuskan kepada peranti lain yang lebih spesifik untuk fungsi-fungsi yang khusus contohnya untuk tujuan ketenteraan, perubatan dan sebagainya.


Add to Google Reader or Homepage

Subscribe in NewsGator Online

Add to netvibes


Subscribe in Bloglines

Add to Excite MIX