Friday, December 7, 2012

Kinect boleh buat anda terpukau dengan robor "sarkas"

Tak sangka betul dengan adanya Kinect. Kinect pada asalnya memperkenalkan teknologi dalam genre "Natural User Interface" (NUI). Ia bermula diperkenalkan oleh Microsoft untuk permainan video konsol XBox. Akibat dari popularitinya yang mana ia mencipta rekod jualan gajet terlaris di dunia pada hari pertama perkenalannya dan menjadi bahan ujikaji oleh para "hackers" di dunia ini.

Sekarang ia telah menjadi lebih popular dikalangan pembuat "games" dan peminat NUI ini. Apabila Microsoft telah menawarkan kepada orang ramai SDK yang mana memudahkan semua menggunakan libraries Kinect ini dan mencipta pelbagai aplikasi baru yang menggunakan Kinect. Sebagai contoh, Disney Research team menggunakan Kinect untuk memperkenalkan robot sarkas ini.


Menarik bukan? Banyak lagi sebenarnya aplikasi lain yang menarik yang menggunakan kehebatan teknologi ini.