Rekebentuknya sungguh menyerlah dan amat berfungsi. Anda boleh meletakkannya dalam posisi apa pun. Tidak perlu khuatir di mana kedudukan bawah atas dan sebagainya kerana rekebentuknya yang dinamik.
Dari segi teknologi pula, ia menggunakan teknologi-teknologi yang dicipta oleh Google sendiri iaitu NFC, Glass dan Chromecast. NFC boleh menghubungkan peranti input seperti mouse, keyboard dan gamepad. Manakala Glass membolehkan pemain menggantikan screen besar untuk bantuan visual. Ia juga bertujuan membolehkan permainan bergenre augmented reality dimain dengan mudah dan menarik. Chromecast pula berfungsi untuk membentuk permainan multiplayer atau juga sebagai fungsi multiple screen. Amat menarik gabungan Orbit dan Chromecast boleh menghubungkan sehingga 4 screen pada satu masa.
Dari segi harga, boleh dikatakan ianya mungkin lebih murah dari konsol-konsol yang lain. Ada juga mempersoalkan jumlah games developer yang ada untuk konsol android-based ini. Jangan risau, sekarang ini amat mudah sekali conversion games dari platform lain ke android. Mungkin para developer sedia maklum, tapi untuk makluman semua, dengan adanya Monogame API, ke semua permainan komputer dari platform lain iaitu iPhone, IOS, Windows amat mudah dipindahkan ke android.
