Wednesday, September 18, 2013

Al-Jazari jurutera hebat


Al-Jazari adalah antara saintis ulung zaman kegemilangan ilmuan Islam. Beliau adalah seorang jurutera, pencipta, saintis, atau dipanggil polymath (orang yang berkebolehan dalam pelbagai bidang). Nama sebenar beliau adalah Badi-al Zaman Abu al-izz Ismail ibn al-Razaz al-Jazari. Al-Jazari pula diperoleh dari nama tempat kelahiran beliau iaitu di Jazirat ibn Umar iaitu di sempadan Turki-Syria, atau nama sekarang Cizre.

Begini gambaran wajah al-Jazari yang berpakaian mengikut sunnah. Sopan dan nampak berseri wajahnya. Beliau adalah antara yang terkenal bukan sahaja dalam dunia islam tetapi juga di barat. Filem 1001 Invention and Library of Secrets yang dibintangi oleh pelakon yang menerima pencalonan anugerah Globe iaitu Ben Kingsley juga merupakan pelakon yang membintangi filem Ironman 3. Mengikut IMDB rating filem ini mendapat 6.8/10 adalah dalam lingkungan 500 filem terbaik sepanjang zaman. 

Beliau dilahirkan pada 1136 dan meninggal pada tahun 1206. Beliau adalah berketurunan Arab-Parsi. Buku hebat beliau iaitu Book of Ingenious Knowledge of Mechanical Devices (Buku Tentang Pengetahuan Hebat Alat-Alat Mekanikal). Dalam buku ini diterangkan ke semua alat-alat ciptaan beliau di samping kaedah step-by-step untuk membinanya. Buku ini lebih kurang buku DIY atau kaedah buat sendiri. 

Antara ciptaan beliau yang amat terkenal adalah Jam Gajah, jangan keliru dengan senapang gajah yang digunakan untuk membunuh Kasim Baba (filem arahan P.Ramlee Ali Baba Bujang Lapok), itu bukan ciptaan beliau. Juga beberapa pam air yang digunakan di dalam istana tempat beliau bekerja. Beliau seperti mana bapanya bekerja sebagai Ketua Jurutera dalam istana Turki Artuklu zaman Dinasti Artuqid yang berlanjutan sehingga ke zaman Salahuddin al-Ayubi.

Antara ciptaan beliau yang lain adalah pam air yang mana sehingga sekarang ini masih digunakan terutama di rumah anda sendiri iaitu flush jamban anda. Sila rujuk laman ini Arab or Kurdish Inventor Al-Jazari untuk info lanjut. Tidak juga disangka crankshaft yang digunakan dalam enjin kereta moden masih lagi menggunakan konsep asal ciptaan beliau. 
Dia juga memperkenalkan konsep lamination iaitu kaedah menyalut dalam metode yang beliau buat ketika menyalut kayu balak untuk memudahkan balak bergolek mengurangkan geseran. Jangan terkejut jika dikatakan beliau jugalah yang memperkenalkan origami dalam model design beliau sewaktu mencipta sesuatu.

Lebih menarik, beliau juga merupakan bapa robotik. Banyak ciptaan beliau menunjukkan kebijaksanaan beliau membentuk automasi. Contohnya seperti pelayan menuang air, pancaragam robot, pam basuh tangan automatik, pam robot burung merak, Untuk maklumat lebih lanjut tentang ciptaan beliau rujuk laman Wikipedia. 

Antara lukisan ciptaan beliau yang masih disimpan

jam lilin

pancaragam robot

jam pintu gerbang


Maka kita boleh berbangga sebagai umat Islam, kita sudah lebih lama mendahului barat dalam ilmu sains dan teknologi. Namun kita tewas semula apabila serangan perang saraf mereka menjadi dan menyebabkan pegangan iman semakin luntur disebabkan leka dengan hiburan dan keseronokan dunia walhal mereka pula selepas tersedar dari tidur terus memperkasakan diri dengan ilmu untuk menewaskan Islam. Lihatlah selepas kejatuhan Empayar Uthmaniah tiada lagi berkemungkinan empayar khalifa akan muncul kembali di dunia ini. In sya Allah satu hari nanti akan tiba. Perkasa diri anda dengan ilmu sains dan teknologi dan elakkan masa anda terbuang dengan keseronokan dan kelekaan duniawi.


No comments:

Post a Comment