Wednesday, September 4, 2013

Netduino lawan Raspberry Pi dan Arduino

Pernah dengar nama-nama di atas ni. Kalau siapa yang pernah kenal dan tahu mungkin anda tahu kegunaannya. Ia adalah sama seperti motherboard komputer yang ada CPU tetapi ia lebih kecil atau dipanggil micro-controller. Sebenarnya teramat kecil. Kecil mana? Sekecil tapak tangan pemuda Asia yang normal. Dapat bayangkan? tak dapat Google sahaja dan tengok imej nya.

Dalam arena ini Raspberry Pi muncul sebagai pioneer dalam genre ni. Nak baca sejarahnya baca link ni . Sebab permintaan dari penggemar, hackers, pelajar sekolah, dan juga mahasiswa universiti micro-controller yang memiliki perbagai kegunaan bagi mereka yang suka berangan (untuk idea-idea teknologi ni lah) untuk membuat simple automation, smart-house, projek lampu lip-lap, detectors dan sebagainya. Kelebihannya adalah kerana ia kecil, mempunyai input-output ports yang pelbagai fungsi dan kemudahan memprogramkannya di samping perkembangan kemajuan pembangunan OS yang percuma dan bersaiz kecil.

Arduino pula lebih versatile dengan input-output portnya yang lebih banyak berbanding Raspberry Pi (atau dengan panggilan singkatan RASP PI)

Bagaimana pula dengan Netduino? Sewaktu dengan mereka, term lain adik-beradik, sekapal dan sebagainya. Apa yang buat saya teruja dengannya. Ini adalah kerana Netduino boleh diprogramkan dengan menggunakan .Net atau lebih spesifik C#.
Sekarang ni anda juga tak perlu risau sekiranya anda hendak port kan program anda ke Linux ataupun ke IOS kerana adanya Mono dan MonoDevelop. Anda boleh menggunakan Mono untuk membolehkan program anda yang diaturcara dalam .Net iaitu mengguunakan Visual Basic, C#, F# ke platform Android, Linux, Mac dan IOS. Seronokkan?? 

Dari segi spesifikasi pula Netduino adalah lebih pantas dari Arduino (mengikut versi). Untuk versi asas (base version) Netduino mempunyai kelajuan 48 Mhz 32-bit dan 128 KB flash manakala Arduino pula hanya 16 Mhz 8-bit dan 32 KB flash. Dari segi bahasa pengaturcaraan, sebenarnya kedua-dua menggunakan bahasa pengaturcaraan dari bahasa nenek-moyang mereka iaitu C. Arduino memang menggunakan C, ia lebih hampur kepada low-level programming. Sekiranya anda hendak membuat program yang ringan dan pantas Arduino pilihannya. Netduino lebih versatil dan lebih banyak features. Dengan menggunakan C# anda boleh menggunakan kelebihan librariesnya yang besar dan juga ia boleh menggunakan kelebihan event-based, dan threading.

Berkemungkinan besar market Netduino ini lebih besar di Malaysia, kerana senario penggunaan OS di Malaysia adalah menggunakan platform OS Windows. Tetapi tidak juga, sebab kepada peminat-peminat platform lain seperti Linux, Android, IOS dan Mac anda boleh menggunakan Mono atau MonoDevelop yang menyediakan IDE dalam C# dalam platform selain daripada Windows. Ditambahkan lagi dengan adanya virtualization atau virtual machine masalah untuk memprogram menggunakan .Net dalam platform lain lebih mudah dan tidak menjadi masalah lagi.

Kesimpulannya, gunalah platform apa pun yang anda suka. Sesuaikan apa yang anda nak buat dengan jenis Duino yang anda sukai. Bila bersantai petang-petang fikirkan benda-benda yang bermanfaat daripada melepak bergurau-senda dengan kawan-kawan tanpa faedah gunakan masa anda untuk explore benda macam ni. Mungkin projek kecil anda boleh membuahkan hasil lumayan dengan menggunakan micro-controller ini. Sebelum mengundur diri, saya nak bagi buah tangan sikit




No comments:

Post a Comment